Latest Stories

Subscription

You can subscribe to Red Carpet by e-mail address to receive news and updates directly in your inbox. Simply enter your e-mail below and click Sign Up!

TOP 5 Most Popular Post

    Popular Posts

    Sebuah Weblog Memaparkan Isu Semasa , Gosip Artis , Video2 Menarik Dan Segalanya Disini

    test4

    Yang Menarik

    test 5

    Berita Semasa

    Hiburan Terkini

Recently Comments


News

News

Seniman gagal, Rita Rudaini disaman RM100,000 0 Comments

By Admin
Tuesday, 9 July 2013 | Posted in



Seniman gagal, Rita Rudaini disaman RM100,000 - Usaha pihak Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk mendamaikan hubungan antara pelakon Rita Rudaini dan sebuah syarikat produksi baru menemui kegagalan apabila produksi berkenaan tetap dengan pendirian mereka untuk menyaman Rita.

Tindakan saman ini dikenakan ke atas Rita setelah aktres cantik itu melanggar kontrak perjanjian dengan meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama episod yang dijangka tamat bulan ini.

Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN, Zahrin Ishak, pihak produksi itu tetap juga mahu menyaman Rita dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pihak SENIMAN untuk mendamaikan kedua-dua pihak.

Terdahulu pada penghujung April lalu, Rita telah mengadu masalahnya kepada SENIMAN apabila diminta oleh sebuah produksi untuk membayar gantirugi RM100,000 selepas dia menarik diri daripada penggambaran drama episod yang dijangka tamat bulan ini, Menurut Rita, sebelum membuat keputusan tersebut, dia terlebih dulu telah mengadakan perbincangan bersama produksi itu selain menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara kerja yang dipamerkan mereka.

Sebaliknya dia pula diugut untuk meminta gantirugi jika dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan penggambaran.

Ini menyebabkan Rita membuat aduan kepada pihak SENIMAN namun pertemuan yang diatur oleh pihak SENIMAN terhadap kedua-dua pihak tidak menunjukkan perkembangan positif apabila ia hanya dihadiri pelakon itu sahaja.

"Pihak produksi tidak hadir pertemuan lalu dan mereka menyatakan hasrat untuk tetap menyaman Rita. SENIMAN sudah berusaha sebaik mungkin membantu Rita, namun gagal. Kini terpulang kepada dia untuk mengambil peguam sendiri atau mendapatkan peguam SENIMAN." 

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

Leave a reply

0 comments for "Seniman gagal, Rita Rudaini disaman RM100,000"